Showing posts with label artikel best. Show all posts
Showing posts with label artikel best. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Rahsia Ais dan Air Sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

p/s : so, sape-sape yang memang suka minum air sejuk, dont worry. It bring no harm to you
MySpace

Monday, August 30, 2010

Boleh ke Pakai Lens Masa Puasa?


Hukum Memakai Contact Lens Ketika Berpuasa

Soalan:

Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa saya sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) ketika berpuasa kerana saya perlu menitiskan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?

Jawapan:

Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:

“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.

Maka, tidak mengapa memakai contact lens ketika puasa. Walaupun ketika memakainya, ada cairan solution yang mungkin masuk dalam rongga mata. Ia bukannya makanan dan bukan minuman, dan tidak boleh disamakan dengannya pada hukum.

Wallahu a'lam..

p/s : info ini di cedok dari blog.kredit to 
sesemut emas.
ada orang cakap "makruh la puasa ko pakai lens. masuk air dalam mata kan."
so cari la answer dia kat google.
jumpa.
Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman.
terjawab sudah kekonfiusan aku. info yang bagus. 
=)

Wednesday, July 14, 2010

Something I dont know

Doa Dalam Duduk Antara Dua Sujud



BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud . Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Bacaan ni seingat aku, aku belajar kat tadika dulu. Sebelum tu nenek aku pernah ajar bacaan antara dua sujud ni masa aku kecik-kecik dulu. Dulu- dulu, kat tadika, ustazah tu ajar baca dan hafal jer. maksud dia x tahu la kan. Masa tu kecik lagi. Bila dah besar skang ni, pernah tahu pasal ni bila google kat interner. Zaman bila dah lupa. Hari ini ternampak dekat blog sorang tu. Then, aku pon terasa nak post kat blogku ni. Hope we can gain something from this.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu .Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain

(Hadis riwayat Al-Qudhi)


*Copied . feel free to spread this :)


Thursday, April 8, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....'
'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. ...

amin

Thursday, February 25, 2010

cek saman melalui sms

Kereta aku memang travel jauh 4 chinese new year ari tu. Dari JB kE KB. KB ke KL. KL ke KB & KB ke JB balik. Tau2 je la musim2 ni memang banyak opsikap2nya. So aku agak cuak la takot2 dapat saman. Almaklumlah aku drive kete slow je. =). Nanti, my mama nak renew roadtax kereta . Sebelum apa2 yang x diingini berlaku, aku pon check saman polis trafik melalui sms .Cuak dowh... Takot kene bebel la kalau ade saman. what will my mama do kalau dia tau...
MySpace

POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

Balasan yang  diterima :


RM0.50 [no.kad pengenalan ] Terdpt 1 saman berjumlah RM 300.00 sehingga 25/02/10. Saman terperinci taip POLIS SAMAN [noic/no kend] [emel] & sms ke 32728..

Mati la aku kene dengar my mama's lecture. Memang cuak sgt. Aku pun buat la mcm yang disuruh & balasan yang diterima. Nak tau gak tang mana yang kena saman. Akhirnya, jeng,jeng jeng!!


RM0.50 [no.kad pengenalan ]  Saman terperini anda telah dihantar ke email. Sila semak (email).


Hahaha.. masa ni bukan aku yang drive.. My dear brother yang drive... Kesian la my abang kene dengar mama's lecture... Sorry abang. U have 2 pay d saman laa..
MySpace

So berakhirlah debaran di dada. Just tunggu esok & call mama cakap ade saman & d detail b4 anything happen...

p/s : bawak kete tu biarlah slow tpi smpi cepat n no saman of course.

Wednesday, January 27, 2010

My Ex- Best Friend

My Ex-Best Friend
by Celestie Vaughn


we were always together
me and you
joined at the hips
like Siamese twins
you always saved a seat for me
you always gave me a share of what you had
you always helped me out with whatever problems i faced
and i did the same towards you too
you were once my sole confidante
my sister
whom i told everything

but soon
i slowly realized
you never told me anything
anything at all
you never shared with me
who you liked
who you thought was cool and who was not
who you thought
sang the best songs
you only told me
others' views
not your own

i found out
who you were crushing on
through your sibling
i still can
imagine her shock
*you're-her-best-friend-and-you-don't-know?!*
i still can imagine
the disappointment
that was clearly etched onto my face
feeling of being trusted
and loved
and appreciated
by a best friend
i never got to experience that

you used to shout to me
once you saw me
acknowledging my presence
your whole face lighting up
with the widest grin in the world

then
one day
i walked into class
late,as usual
and for once
i didn't have anywhere to sit
because you were with somebody else
someone who meant more to you
than i did
i asked you
whether the seat on the other side of your friend
was empty

but,no
it wasn't
because it was saved
for somebody
who was of greater importance to you
it was as if
an invisible hand
had entered the window
and grabbed hold of my heart
ceasing the function of every system in my body

after that
you don't even pretend to see me
you just walk straight pass me
like i'm part of the wall
an invisible being
whom nobody cares for
like the kind of boring flyer
that you would just carelessly toss aside
without a single glance

now
i know
that i never meant as much to you
as much as you did to me

alas
the trace of the bond
which held us together
fades away into nothingness

nobody who see us now
would even know
we were
the best of pals
the last faint trace
is there no longer

to the world
we are just
merely
acquaintances.



p/s : just something i found. Wipe ur tears dear .
i thought it'd be pretty heart-wrenching if that happened to me. =)

Saturday, January 23, 2010

Anger Management




You have lots of emotions. At different times, you may be happy, sad. Anger is just another 
way we feel. It's perfectly OK to be angry at times — in fact, it's important to get angry sometimes.
You may get angry when something doesn't go your way.But it's also possible to get angry and not even know why.


There are different ways people feel anger. Usually your body will tell you when you are angry. Are you breathing faster? Is your face bright red? Are your muscles tense and your fists clenched tight? Do you want to break something or hit someone? Anger can make you yell or scream at those around you, even people you like or love.

But anger must be released in the right way. Otherwise you'll be like a pot of boiling water with the lid left on. If the steam doesn't escape, the water will finally boil over and blow its top! When that happens to you, it's no fun for anyone.



Anger Busters

Here are some other things you can do when you start to feel angry:

 


 talk to a friend you can trust



Go to spa. Massage may relaxing u thou 


count to 10



 get or give a hug



 play a video game

sing along with the stereo
 

think good thoughts
 

pull weeds in the garden


do something activity
 

do jumping jacks or another exercise


Some people keep their anger buried deep inside. If you do this, you might get a headache or your stomach might start to hurt. You may just feel crummy about yourself or start to cry. It's not good to hide your anger, so you should find a way to let it out without hurting yourself or others.

Never getting angry is impossible. Instead, remember that how you act when you're angry can make the situation better or worse. Don't let anger be the boss of you. Take charge of it!

p/s : releasing anger is better to express ur true feeling rather than crying. but dont ever hurting !



Friendship vs Love

Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust.
    
Love is when you feel like you are the only two around.
 
Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care.
    
Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart.

Friendship is being close even when you are far apart.
    
Love is when you can still feel their hand on your heart
     when they are not near.


Friendship is hoping that they experience the very best.
    
Love is when you bring them the very best.

Friendship occupies your mind.
    
Love occupies your soul.

Friendship is knowing that you will always try to be there
     when in need.
    
Love is when you will give up everything to be at their side.

Friendship is a warm smile in the winter.
    
Love is a warming touch that sends a pulse through your heart.

Love is a beautiful smile to which nothing compares:
     A tender laugh, which opens your heart,
     A single touch that melts away your fears,
     A smell that reminds you of the tenderness of heaven,
     A voice that reminds you of the innocence of youth.

Friendship can survive without love.

      Love cannot live without friendship.

p/s : people need both equally. definitely, may be. =)


Friday, January 22, 2010

Warkah buat ibu : love as long as you live.



Renungilah Luahan Hati Seorang Anak Yang Ditinggalkan Ibu

Warkah Buat Ibu.………

Mak……..
Terlalu Bosan Rasanya Duduk Membilang Hari.
Dah Hampir Lima Tahun Mak Pergi,
Rasanya Baru Semalam Mak Peluk Kita Kan
Sejuk Syahdu Masih Terasa Lagi Ini....
Mak Tau Tak.....
Itu Lah Pertama Kali Mak Peluk Anak Mak Yang Nakal Ni Sejak Kita Dewasa.…
Dan Itu Juga Terakhir Kali Nya.
Emmmm...Rupanya Mak Dah Tau Mak Nak Pergi Jauh....
Nak Tinggal Kan Anak2 Mak.....
Nak Tinggal Kan Dunia Fana Ni.....
Mak Macam Dah Sedia.....
Seminggu Sebelum Tu.....Mak Dah Menganyam Tikar Mengkuang 3 Helai.....
Akak Kata Sampai Ke Pagi Mak Anyam Tikar Tuu.....
Tanpa Rasa Mengantuk, Tanpa Rasa Letih.....
Kakak Pun Rasa Hairan.....
Mak Tak Pernah Buat Begitu.....
Lepas Itu Mak Pasang Radio Kecil Di Sebelah Mak.....
Tapi Mak Seolah-Olah Tak Sedar Bahawa Rancangan Radio Tu Siaran Siam.....
Kengkadang Siaran Indonesia...Mak Terus Tekun Menganyam...
Rupanya Tikar Yang Telah Mak Siapkan Tu Di Gunakan Untuk Mengiringi Mak Ke Kuburan..

Lepas Itu Mak Sapu Sampah Sekeliling Rumah Bersih2....
Lepas Itu Mak Jemur Karpet-Karpet...
Lepas Itu Mak Ubahkan Sofa Ke Tempat Lain..Mak Biarkan Ruang Tu Kosong..
Rupanya Kat Situ Jenazah Mak Diletakkan..
Paling Menarik Sekali Mak Bagitahu Kat Mana Semua Duit Dan Barang Kemas Mak..
Ada Kat Dalam Almari.....
Ada Kat Dalam Dalam Beg.....
Ada Dalam Asb.....
Ada Kat Dalam Tabung Haji..
Mak Cakap Tak Berapa Cukup Lagi....
Ada Kat Dalam Gulung Tikar.....
Masa Tu Mak Perasan Takk..??
Kita Gelak Sakan Bila Mak Bagitahu Duit Dalam Gulung Tikar...Kita
Kata Mak Ni Memang Pesenn Lama Laaa...
Mak Cuma Gelak Saja...
Eeemmm..Bahagiaa Nya Saat Ituu..




Mak.....
Hari Tu Hari Sabtu 18/08/1999 Pukul 3 Petang Mak Tiba2 Sakit Perut.....
Bila Malam Tu Kita Sampai Dari Kl.....Mak Dah Dalam Kesakitan.
Akak Dan Abang Kat Kampong Semua Dah Pujuk.....
Mak Tetap Takmau Pergi Hospital.....
Dan Cuma Tinggal Giliran Kita Sahaja Yang Belum Pujuk.
Mak Kata Mak Takmau Duduk Dalam Hospital.....
Tapi Kita Berkeras Juga Pujukk..
Nanti Di Hospital Ada Doktor...Ada Ubat Untuk Mak..
Kat Rumah Kami Hanya Mampu Sapu Minyak Dan Urut Saja..
Mak Tetap Tak Bersetuju.....Mak Memang Degil...
Tak Salah, Anak Mak Yang Ni Pun Mengikut Perangai Mak Tu..
Tapi Akhirnya Bila Melihat Keadaan Mak Makin Teruk....
Mak Sakit Perut Sampai Nak Sentuh Perut Mak Pun Sakit Kami Adik Beradik
Sepakat Hantar Juga Mak Ke Hospital.....
Mak.....
Amponkan Kami Semua...
Kami Nak Mak Sihat...
Kami Sayang Mak...
Kami Tak Mahu Mak Sakit...
Kami Terpaksa Juga Hantar Mak Ke Hospital....
Ampon Kan Kami Ye Mak....
Mak.....
Malam Itu Abang Bawa Mak Ke Hospital Dan Itu Lah Pertama Dan Terakhir Kali
Mak Naik Kereta Kita...
Masih Terbayang Betapa Ceria Dan Gembiranya Mak, Kita Kata Nak
Beli Kereta....
Mak Asyik Tanya Saja..Cukup Ke Duitt..
Kita Jawab Pula...Kalau Tak Cukup,
Mak Kan Banyak Duit...
Mak Gelak Ajerr.....
Lepas Tu Bila Kereta Kita Sampai.....Mak Buat Kenduri Kesyukuran.....
Dan Kita Masih Ingat Lagi...Bila Kita Eksiden Terlanggar Kelinn Naik Motor.....

Punya Lah Kita Takut...Kita Warning Kakak Kita Jangan Sesekali Bagitahu Kat Mak.....
Bila Balik Sahaja Kampong....Kita Cepat-Cepat Simpan Kereta Dalam Garaj.....
Tapi Mak Perasan Juga Bumper Depan Kemek...Mak Tanya Kenapa...?
Selamba Saja Kita Jawab Terlangar Pokok Bunga.....
Mak....Tujuan Kita Menipu Tu Supaya Mak Tak Risau...
Maafkan Kita Kerana Sampai Mak Pergi Mak Tak Tau Hal Sebenar...
Mak, Kita Menipu Mak Kan...Ampon Kan Kita....




Mak.....
Jam 4.30 Pagi 19/08/1999
Bila Tiba Saja Kat Hospital....Nurse Tengah Balut Mak Dengan Kain Putih.....
Mak Mesti Nampak Kita Jatuh Terduduk Di Lantai Hospital...
Mesti Mak Nampak Abang Cium Dahi Mak.....
Mesti Mak Nampak Akak Baca Doa Untuk Mak....
Mesti Mak Nampak Adik Terduduk Kat Kerusi Kat Sudut Itu...
Mesti Mak Nampak Semua Tu Kann...Kann..Kannn
Mak Tau Tak....
Pagi Tu Balik Dari Hospital Jam 5.20 Pagi Kita Mamandu Dalam Keadaan
Separuh Sedar...
Adik Kat Sebelah Diam Layan Perasann...
Kenangan Bersama Mak Berputar Dalam Kepala Ini...
Jalan Di Depan Terasa Makin Kelam.....
Airmata Dah Tak Mampu Di Tahan....
Masa Tu Seandainya Apa-Apa Terjadi Di Jalan Itu Kita Redha...
Namun Alhamdulillah Akhirnya Kita Sampai Juga. Di Sebab Kan Pagi Masih Awal,
Jadi Jalan Tu Lenggang..Kosong....Sekosong Hati Ini.....
Sepanjang Perjalanan Terasa Kedinginan Subuh Itu Lain Benar Suasananya.....
Terasa Syahdu Dan Sayu Begitu...Dinginnnn....
Mak.....
Kita Masih Ingat Lagi...
Kita Baca Alquran Kat Tepi Mak Temankan Mak...
Jam 11.00 Pagi Mak Di Mandi Kan....
Anak2 Mak Yang Pangku Masa Mak Mandi....
Mak Mesti Rasa Betapa Lembut Nya Kami Mengosok Seluruh Tubuh Mak.....
Kita Gosok Kaki Mak Perlahan Lahan.....
Mak Perasan Tak...?
Makcik Yang Mandikan Mak Tu Pujuk Kita.....
Dia Kata..." Dikk...Jangan Nangis...Kalau Sayang Mak Jangan Buat
Begitu...Jangan Nangis Ya.."
Bila Makcik Tu Kata Begitu...
Lagi Laaaa Laju Airmata Ni..Tapi Kita Kawal Supaya Tak Menitik Atas Mak....
Mak.....
Sampai Takat Ini Surat Ni Kita Tulis.....
Kita Nangis Ni.....
Ni Kat Dalam Bilik...Baru Pukul 4.00 Pagi....
Tak Ada Orang Yang Bangun Lagi.....
Kita Dengar Nasyid Tajuk "Anak Soleh"
Kita Sedih...Kita Rindu Kat Mak..!
Takpa Lah.....Nanti Bila Kita Selesai Sembanyang Subuh, Kita Baca Yassin Untuk Mak...
Mak Tunggu Ya...!



Mak..
Sebelum Muka Mak Di Tutup Buat Selamanya...
Semua Anak2 Mak Mengelilingi Mak...Menatap Wajah Mak Buat Kali Terakhir....
Semua Orang Kata Mak Seolah-Olah Senyum Saja...
Mak Rasa Tak....Masa Tu Kita Sentuh Dahi Mak...
Kita Rasa Sejukkkk Sangat Dahi Makk.....
Kita Tak Mampu Nak Cium Mak...Kita Tak Daya....
Kita Tuliskan Kalimah Tauhid Kat Dahi Mak Dengan Air Mawar...
Airmata Kita Tak Boleh Tahan....
Mak Mesti Ingat Kan Yang Anak Mak Ni Jadi Imam Solat Jenazah Untuk Mak...
Tapi Kita Suruh Tok Imam Bacakan Doa Sebab Kita Sebak....

Jam 12 Tengahari Mak Diusung Keluar Dari Rumah....
Akak Pula Dah Terkulai Dalam Pelukan Makcik..
Badan Akak Terasa Panas...
Makk...Anak Mak Yang Seorang Tu Demam....
Mak Tauu...Cuma Akak Seorang Saja Anak Mak Yang Tak Mengiringi Mak Ke Tanah Perkuburan...

Mak.....
Hari2 Ku Lalui Tanpa Kewujudan Mak Lagi...
Begitu Terasa Kehilangan Mak...Boleh Kata Setiap Malam Selepas Maghrib Anak Mak
Ini Berendam Airmata...
Dan Sampai Satu Tahap....Masa Tu Malam Jumaat Selepas Maghrib...
Selepas Kita Baca Yassin Dengan Kawan-Kawan.
Entah Kenapa Bila Kat Bilik Kita Keluarkan Gambar2 Mak Lepas Itu Apa Lagi...
Semakin Kita Tenung Terasa Semakin Sayu...Tangisan Tak Dapat Dibendung...
Mak Tauu...Kita Cuba Bertahan...
Memujuk Diri Sendiri Tapi Tak Juga Reda...
Kita Rasa Nak Telefon Mak...
Nak Cakap Dengan Mak....
Anak Mak Yang Ni Dah Tak Betul Kan..????
Dan Akhirnya Dalam Sedu Sedan Itu Kita Telefon Kampong...
Kita Cakap Dengan Kakak..Kita Nangis Lagi.
Puas Lah Kakak Memujuk Kita...
Akak Kata..." Tak Baik Laa Nangis Aje..Doa Lah Untuk Mak..Nanti Kalau Gini
Saja Mak Yang Susah Kat Sana.."
Dan Akhirnya Akak Juga Nangis.....
Agaknya Mak Nampak Adegan Tu...
Sebab Malam Jumaat Kata Orang Roh Balik Rumahh...
Mengharap Sedekah Dari Anak2 Nya...
Mak Tau Tak...Di Saat Itu Kerinduan Terasa Menusuk Sehingga Ke Hulu Hati...
Rasa Nyilu Sangat....
Menusuk-Nusuk Sehingga Terasa Begitu Sakit Dalam Dada Ni....
Sampai Sekarang Bila Kerinduan Itu Menjelma...Hanya Sedekah Al-Fatihah Kita Berikan.....


Mak....
Cukup Lah Sampai Sini Dulu....
Kawan Kita Dah Ketuk Pintu Bilik Tu....
Kejap Lagi Kami Nak Pergi Solat Subuh Kat Masjid...
Selalunya, Kita Yang Bawak Mak Naik Motor Kan...
Kali Ni Kita Jalan Kaki Dengan Kawan Pulak...
Esok Kita Ingat Nak Tulis Surat Kat Ayah Pula....
Mula2 Kita Tak Tau Nak Hantar Mana Surat Ini...
Lepas Itu Kawan Kita Bagitahu...Simpan Saja Buat Kenangan..

Kita Cuma Tau Alamat Ni Aje...
Tak Mengapa Ye Mak...Kita Kasi Orang Lain Baca...
Kita Stop Dulu...Sebab Kawan Kita Dah Lama Tunggu Tu.
Akhir Kata Untuk Mak, I Love You So Much Dan Jutaan Terima Kasih Kerana
Membesarkan Kita...
Memberi Seluruh Kasih Sayang Dari Kecil Sampai Masuk Sekolah..
Sampai Masuk Unibesiti..
Sampai Kita Boleh Rasa Naik Kapal Terbang...
Boleh Rasa Duduk Kat Negara Orang...
Sampai Akhir Hayat Ini Jasa Mak Tak Akan Mampu Kita Balas..

Sekian Terimakasih.

Yang Benar
~Anak Mak Yang Dah Tak Degil

>>>PETIKAN HASIL NUKILAN ALLAHYARHAM AHMAD FIRDAUS AZMI....AL-FATIHAH,.SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DARI ALLAH S.W.T..AMIN>>.



p/s : kol ur mom now. luv my mama & papa alwayz.

Fakta Senyum : Rahsia Senyum


Dah senyum ke hari ni? aDe kira x brapa kali korang senyum dalam sehari. Takkan x ader langsung kan.
Ok. x pe2. Jom baca secret behind ur sweet smile.


sEnYuM mEmBuAt kitA tAmpAk mEnaRik.

Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

sEnYuM mEnGuBaH pErAsAaN.

Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rilex. Automatik!

sEnYuM mEnGhiLaNgkAn strEs.

Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

sEnYuM mEninGkAtkAN iMuNiti.

Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

sEnYuM mEnuRunkAn tEkAnAn dARaH.

Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

sEnYuM jAdi AwEt muDA.

Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

sEnYuM mEmbuAt kitA kELiHatAn suksEs.

Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

sEnYuM mEmbuAt fikiRaN pOsitiF.

Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.


sEnYuM MurAhkAn rezEki & LeRai kEsuLitaN.

Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:
“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”




Bahagiakan kalau boleh senyum slalu. X payah bayar kan kalau nak senyum.
Free jer. Bukak mulut lebar2. Sampai telinga pon x ape.





P/s : Jom senyum. Moga2 jumpa someone yang suka tgk awak senyum =)

Fakta Senyum : Smile Always




comeynyew. cium kang!




senyum kambing

Sape suka senyum angkat tangan . Disebabkan lately ni aku memang susah nak senyum,dah lupa macam mane nak senyum, so aku nak share pasal advantages senyum sokmo ni. Good 4 me n u 2. tq 2 mr google.


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

p/s : senyum itu sedaqah. senyum sokmo =)